View on GitHub

50 Senz of Sith

Kalkulator Numerical Method Verification

Kemaskini 2025-05-30

Pengenalan

Kalkulator ini dibangunkan bagi membantu pegawai makmal dan penyelidik menjalankan Method Verification dengan lebih mudah menggunakan antara muka ringkas di Google Colab. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada perisian statistik berbayar, serta boleh dikongsi dengan rakan sejawat.

Skop Penggunaan

Kalkulator ini hanya sesuai digunakan untuk:

Ia tidak sesuai untuk:

Jenis Analisis Yang Disokong

1. Plot Bland-Altman

Digunakan untuk menilai kesepakatan agreement antara dua kaedah pengukuran. Plot ini membantu mengenal pasti sama ada perbezaan antara kaedah adalah konsisten merentasi julat nilai.

2. Weighted Least Squares (WLS)

Regresi WLS digunakan apabila varians ralat pembolehubah bersandar adalah tidak seragam antara titik data (heteroskedastisiti). Ia memberikan berat yang sesuai kepada setiap pemerhatian bagi menghasilkan garis regresi yang lebih mantap.

3. Weighted Deming Regression

Kaedah regresi yang mengambil kira ralat pada kedua-dua paksi X dan Y, sesuai untuk membandingkan dua kaedah yang kedua-duanya mempunyai ralat pengukuran. Versi tertimbang weighted digunakan apabila ralat berubah-ubah mengikut magnitud bacaan.

Akses Kalkulator

Klik pada butang ini untuk mengakses kalkulator Open in Colab

👉Lihat versi statik notebook:

Arahan penggunaan penuh tersedia di dalam notebook.

âť“ Soalan Lazim (FAQ)

S: Saya nampak kod Python, perlu buat apa?
J: Kalkulator ini dibangungkan dengan menggunakan Python. Kod boleh muncul selepas anda klik butang tertentu. Untuk sembunyikan semula, tekan Refresh pada pelayar atau buka semula notebook dari pautan asal.

S: Saya dapat mesej ralat selepas masukkan data.
J: Sila pastikan semua medan input diisi, dan hanya menggunakan nombor. Jangan tinggalkan medan kosong atau letak simbol yang tidak diperlukan.

S: Saya tidak boleh simpan perubahan pada notebook.
J: Anda perlu membuat salinan ke Google Drive anda: File â–¶ Save a copy in Drive.

S: Bolehkah saya guna keputusan daripada kalkulator ini untuk laporan rasmi?
J: Ya. Anda boleh menggunakan hasil analisis seperti plot, persamaan regresi, dan statistik ringkasan dalam laporan anda. Namun, sebarang kesimpulan mesti dibuat oleh pengguna sendiri berdasarkan interpretasi yang sesuai. Kalkulator ini tidak menjana kesimpulan automatik.

Tentang Projek Ini

Dibangunkan oleh sithsenz sebagai sebahagian inisiatif untuk memperkemas ujian pengesahan kaedah di makmal diagnostik dan penyelidikan.

Table of Content